Mengenai Kami

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah satu entiti yang telah diperbadankan pada 1 Januari 2008. SKM sebelumnya dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (JPK).

Di awal penubuhannya pada bulan Julai 1922, jabatan yang dikenali sebagai The Office of The Director of Co-operation ini berfungsi untuk menubuh, mendaftar dan membangunkan Syarikat Bekerjasama-sama di bawah Enakmen Syarikat Bekerjasama-sama (The Co-operative Societies Enactment 1922 [FMS Cap. 97 of 1935]) dan ditugaskan untuk memandu dan memajukan pergerakan koperasi.

Pejabat Pesuruhjaya Kemajuan Syarikat Bekerjasama-sama, Ibu Pejabat Jabatan Pembangunan Koperasi ketika itu bertempat di Taiping, Perak Darul Ridzuan. Ianya kemudian dipindahkan ke Kuala Lumpur dalam tahun 1924.

Nama Jabatan Kemajuan Kerjasama telah diubah kepada Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) dalam akhir tahun tujuh puluhan. Enakmen Tahun 1922 itu telah dimansuh dan digantikan dengan Akta Koperasi 1948 (Disemak 1983).

Akta Koperasi 1993 (Act 502) kemudiannya telah digubal bagi menyatukan undang-undang koperasi di seluruh Malaysia dan mula berkuatkuasa pada 22 Januari 1994.


Fungsi

Sistem Pengurusan Kontrak (CMS) dibangunkan bertujuan untuk memudahkan pemantauan ke atas kontrak-kontrak yang sedang berjalan dan akan tamat tempoh serta melancarkan proses permohonan baharu dan pembaharuan kontrak.


Objektif

  • Meningkatkan pemantauan yang lebih efisien dalam pengurusan kontrak serta membantu membuat perancangan atau tindakan selanjutnya bagi kontrak-kontrak yang akan tamat tempohnya
  • Memudahkan pengesanan kelewatan penyediaan kontrak dengan lebih cepat dan berkesan kerana semua maklumat kontrak disimpan dan dikemaskini dalam sistem
  • Membantu membuat perancangan awal dalam penyediaan dan peruntukan kewangan bagi kontrak-kontrak SKM yang akan tamat tempoh menerusi pemantauan berpusat dalam sistem
  • Dokumen kontrak boleh disediakan dengan lebih cepat dengan adanya repositori templat kontrak sedia ada mengikut jenis kontrak
TOP